Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tercium bau wangi ketika keluarkan mayat pelajar rentung

0

ANGGOTA bomba dan penyelamat mendedahkan mereka tercium bau wangi semasa mengeluarkan mayat mangsa kebakaran pelajar Sekolah Pondok Miftahul Khoirot di Kampung Manggungjaya, Karawang, Jawa Barat.

Lapor Tribunnews, kisah tersebut dikongsikan dalam media sosial menerusi tangkap layar WhatsApp yang menceritakan pasukan penyelamat tidak tercium bau ‘hangus’ akibat kebakaran semasa proses mengeluarkan mayat dijalankan.

Ketua Jabatan Bomba Karawang, Rohmat mengesahkan bau wangi tersebut dikenal pasti daripada mayat pelajar yang menghafal al-Quran.

Berhubung fenomena itu, Rohmat mengambil kisah tersebut dari sudut positif.

“Kisah ini menjadi pengajaran kepada anak muda yang meninggal dunia dalam keadaan syahid,” katanya.

Dalam pada itu, pihak plis sudah mengumpulkan beberapa barang bukti seperti peralatan elektrik, soket, kipas angin dan abu sisa kebakaran.

Barang bukti tersebut akan dibawa ke makmal bagi proses penyelidikan dan mengetahui punca sebenar kebakaran.

Kejadian yang berlaku Selasa lalu besar kemungkinan akibat litar pintas pada kipas angin.

Berdasarkan keterangan beberapa saksi, mereka ternampak percikan api keluar dari kipas tersebut sebelum menyambar tilam dan kebakaran bermula di tingkat dua sekolah tersebut.

Insiden itu meragut lapan nyawa pelajar berusia antara tujuh hingga 13 tahun serta tiga yang lain cedera.

 

 271 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.