Eksklusif
Oleh EKOK AMIN
PERLAWANAN persahabatan antara Binaong Fc dengan Pasukan PVATM Keningau diadakan sebagai simbolik menghargai sumbangan bekas Ketua pasukan Perak Fc Victor Bidoh.
Binaong Fc merupakan team lama mandiang sebelum menyerti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Tahun 1982.
“Di padang ini (Padang Kg. Binaong) bermulanya bakat bola mendiang (Victor),”.
“Kita mengenang dan menghargai sumbangannya dalam pembangunan bola sepak,” Pinus Valentine Nain memberitahu Sukan The Borneo Digest di sini pada Rabu.
Pinus merupakan Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVTM) Cawangan Keningau.
Mendiang Victor dilahirkan di kampong binaong, (Keningau, Sabah Malaysia) pada tahun 1961, merupakan seorang anak muda yang sangat berbakat dalam bidang sukan bola sepak
Didikasinya dalam sukan yang paling berpengaruh itu membawa kepada tuahnya untuk mengemudi pasukan Perak Fc selama tiga tahun berturut-turut untuk mengalas tugas sebagai ketua pasukan di negeri utara Semenanjung Malaysia itu dalam kejohanan Majlis Raja Raja.
Kehebatan mendiang mengemudi Perak Fc menarik minat Selangor untuk menyarungkan jessi merah kuning kepadanya untuk beraksi beberapa tahun dalam kejohanan Majlis Raja Raja sebelum memutuskan mewakili Pasukan Angkatan Tentera (ATM) dalam cabaran Liga Malaysia (Semi Pro).
Mendiang bersara dalam perkhidmatan pada Tahun 1997 di Kem Lok Kawi dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun di kampung halaman (rumah kediaman) pada 16 Feb 2022.
Lagenda bola sepak ATM itu tidak pernah menerima sebarang penghargaan sama ada di peringkat negeri atau pasukan sepanjang hayat mengharumkan negara dipersada sukan paling popular di dunia itu.
The Borneo Digest mencadangkan mendiang dianugerahkan pingat kebesaran negeri sebagai mengharga jasanya dan kecemarlangannya dalam sukan bola sepak.
Takziah diucapkan kepada seluruh pimpinan keluarga yang ditinggalkan.