Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Flovia lawat petani ditimpa musibah di Kg. Magatang

0
Pemaju Mukim Seberang Rainis Girang (kiri) menyampaikan alat sokongan berjalan kepada Adlin.

BERKONGSI kehidupan susah dan senang, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng melawat Adlin Lukis, seorang petani di Kg. Magatang yang  tulang kaki paha patah ketika bekerja di kebunnya.

Flovia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid menyampaikan sumbangan kewangan kepada Adlin untuk meringankan bebanan sepanjang tempoh rawatan.

Penyelia Masyarakat Tulid Narisin Petrus menyampaikan sumbangan kepada Rajimin Ladi untuk kegunaan sambutan Hari Raya Aidiladha

“Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,” Flovia menterjemahkan simpati kepada Adlin, sambil berkongsi kesedihan kepada keluarga itu.

Mengiringi lawatan Wakil Rakyat Tulid itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Casmir Slipi, Pemaju Mukim Seberang Rainis Girang dan Ketua Kampung Magatang Helson Galiwas.

Di Kg. Sinulihan, Pembantu Menteri itu turut menyampaikan sumbangan kepada umat Islam yang akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh kepada 10 Julai.

Sumbangan disampaikan oleh Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid, Narisin Petrus kepada wakil pendudul Rajimin Ladi.

Flovia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di kawasan Tulid.

 

 782 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.