SEORANG pegawai kerajaan bertindak menendang dan menampar dua penduduk di Kanatang (Nusa Tenggara Timur) yang tidak memakai pelitup muka semasa berada di luar rumah.
Lapor Kompas.com, Ketua Polis Sumba Timur, Gollu Wola berkata, pegawai itu betindak atas inisiatifnya sendiri.
Katanya, lelaki itu terserempak dengan dua penduduk yang tidak mematuhi protokol kesihatan mencegah penularan Covid-19.
Selepas kejadian itu, dia membuat permohonan maaf dan mengaku bukan angggota Satpol PP.
Tindakan itu menjadi tular apabila video berdurasi 30 saat tersebar dalam media sosial.
Menerusi video itu, lelaki itu dilihat menendang punggung kedua-dua lelaki yang sedang tidur di tepi jalan.