DUA orang pemuda tempatan maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung diKM 11 Jalan Keningau Apin-Apin pada Sabtu.

Ketua Polis Keningau Timbalan Penguasa Polis (DSP) Shahrudin Mat Husain mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam waktu Malaysia.
Shahrudin memberitahu, kemalangan berlaku semasa kenderaan jenis motosikal jenis Honda RS yag ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari arah Keningau menuju ke arah Apin-Apin, bertembung mengejut dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.
Katanya, morosikal yang ditunggang oleh seorang pemuda berumur 25 tahun itu masuk ke laluan sebelah yang sepatutnya laluan utama penunggang motosikal yang datang dari arah Keningau.
Ekoran kejadian itu mengakibatkan kedua-dua penunggang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Motosikal yang mereka tunggang juga mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan,”.
“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk pemereksaan,” Katanya, dan memberitahu siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa penunggang yang memandu dari arah bertentangan
Kes dirujuk dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987 untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, ibu kepada salah seorang mangsa, Justina John mengesahkan salah seorang mangsa yang maut adalah anaknya yang bernama Ronroses Karim, 25, berasal dari Kg. Labak Baru.
Saksi kejadian memberitahu, mangsa kedua merupakan penduduk salah sebuah kampung di Apin-Apin.- Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA.