Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Helikopter TLDM terhempas, 10 korban termasuk dua pegawai memerintah

0
Rakaman kejadian dua buah helikopter TLDM sebelum terhempas

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi pada selasa.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi, pada Selasa.

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara sebelum masing-masing terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berdekatan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Laporan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, seramai 10 mangsa terlibat yang maut dalam nahas itu.

Komander Muhammad Firdaus Ramli (kiri) dan Pegawai Pemerintah Skuadron 502 TLDM, Komander Muhamad Amir Mohamad.

Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan.

Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter TLDM dikenal pasti antara 10 yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu hari ini.

TLDM mengesahkan 10 orang itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Mereka yang terkorban adalah seperti berikut:

  1. Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.
  2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.
  5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
  6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
  7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:

  1. Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
  2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
  3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM memberitahu, pengurusan jenazah semua mangsa yang terkorban akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi pasukan itu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya memberitahu semua mangsa yang terbabit dalam nahas itu berusia 40 tahun ke bawah.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.