Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jalan Keningau Apin – Apin runtuh lagi

Kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan peruntukan kecemasan dengan segera untuk membiayai pemulihan akses penting rakyat Keningau

0
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin (tengah) ketika meninjau lokasi jalan runtuh di KM14 Keningau Apin – Apin pada Rabu

PERHUBUNGAN antara  bandar Keningau dengan Apin-Apin terputus sejak jam 8 malam pada Selasa berikutan sebahagian jalanraya  di Km 14 runtuh.

Kejadian malang itu merupakan yang kedua berlaku dalam tempoh sepuluh minggu.

Jalanraya itu runtuh buat pertama kali pada awal September tahun ini berikutan anak sungai yang merentasi lokasi itu dinaiki banjir berikutan hujan lebat melanda daerah Keningau sejak awal pada Selasa.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah (Malaysia) Datuk Robert Tawik @ Nordin dalam satu kenyataan melalui hantaran Facebook peribadinya memberitahu, runtuhan jalanraya itu sangat teruk dan tidak boleh dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.

Robert berkata, beliau akan mengemukakan permohonan peruntukan kecemasan kepada kerajaan persekutuan bagi membiayai pembinaan sebatang jambatan kekal di lokasi itu, yang jika diluluskan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan

Katanya, kementeriannya (Jabatan Kerja Raya Sabah) akan membina sebatang jambatan separuh kekal yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

“Walau bagaimanapun konsesi JKR akan membina jalan lencongan yang bersebelahan jalan runtuh yang dijangka siap dalam tempoh seminggu,”.

“Usaha ini bagi memudahkan orang ramai yang menggunakan laluan ini, serta bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan kesesakan di beberapa laluan,”.

“Kejadian jalan runtuh ini adalah disebabkan oleh bencana alam dan bukan lah disengejakan .. pihak kami dan pelaksana hanya melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Negeri (Adun) Bingkor menasihatkan pengguna di kedua-dua arah supaya menggunakan laluan Transpegalan sebagai jalan alternatif.

Laluan Transpegalan merentasi kampung pesisir Sungai Pegalan iaitu Ranggom – Kepayan Baru – Marapok – Magatang – Panagatan Ulu – Menawo – Jambatan Besi Keningau. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN.

 

 1,770 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.