Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

ATM Keningau hulur sumbangan

0
Timbalan Ketua cawangan ATM Keningau Pinus Nain menyerahkan sumbangan kepada anak mandiang Renjer (B) Vincent Kasius

JASA perwira dikenang seumur hidup, falsafah ini menjadi pegangan kuat Persatuan Veteran Angkatan Tentera (ATM) Cawangan Keningau untuk menterjemahkan hubungan mereka seumur hayat.

“Susah dan senang diantara kami digalas bersama,”  Jelas Timbalan Ketua persatuan itu di Keningau, Pinus Nain @ Valentine dalam satu kenyataan selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga Mendiang Renjer (B) Vincent Kasius @ Vincent Chong.

Renjer (B) Vincent Kasius

Renjer Vincent meninggal dunia pada 2 Julai lalu di rumah keluarga Kg. Bunsit Bingkor akibat komplikasi buah pinggang.

Pesara tentera itu merupakan seorang yang dikenali kerana ketegasan dalam menjalankan amanah kepada bangsa dan negara.

“Kepergian beliau (Ranjer Vincent satu kehilangan besar kepada persatuan ini,” Tambah Pinus.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan itu disertai bersama Timbalan Pengurus Bolasepak Persatuan Veteran ATM Keningau Masrin Anjor serta pegawai-pegawai kanan persatuan itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.