
KEPIMPINAN Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Diangau disaran supaya kreatif dan mengoptimumkan tumpuan untuk memastikan badan kampung itu berfungsi dengan semaksimanya.
“Ini bertujuan supaya penduduk menikmati pembangunan yang seimbang dengan yang lain,”.
“JPKK perlu berusaha keras untuk mencari peluang daripada pelbagai sumber yang ada,” Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Casmir Silip memberitahu penduduk ketika berucap di perasmian mesyuarat pertama Jawatankuasa JPKK kampung itu di sini pada Sabtu.

Casmir memberi contoh kejayaan beberapa penduduk kampung berdekatan yang berjaya meraih pulang lumayan daripada hasil aktiviti pertanian hidroponik.
“Kebijaksanaan mencari peluang sangat dituntut .. saya percaya penduduk di kampung ini (Diangau) boleh melakukan aktiviti seumpama,”.
“..Tidak ada yang mustahil jika anda benar-benar fokus dan bersatu untuk melakukan sesuatu yang memberi kebaikan bersama,” katanya.
PPM itu mahu penduduk di kampung itu bersatu untuk memberi sokongan kepada pemimpin khususnya saf kerajaan yang sedang memerintah.
Kg. Diangau terletak di lembah kaki Gung Trusmadi yang didomanasi penduduk Kadazandun dan Murut.
Sementara itu penduduk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Wakil Rakyat Tulid, Flovia Ng kerana doa mereka untuk mengwujudkan JPKK kmpung di situ menjadi kenyataan.
“Terima Kasih YB Flovia dan Tuan PPM Casmir,” ujar Dairis Lakang, Pengerusi JPKK Kg. Diangau yang pertama.
Lawatan kerja Casmir ke lembah Trusmadi itu ialah Pemaju Mukim Lanas, Ilik Ukm.
Di Kg. Mongorimot, Casmir mewakili Adun Tulid Flovia Ng untuk menyantuni keluarga Pilin @ Mathurin Tieh yang masih berkabung selepas pemergian anak mereka pada Jumaat lepas.
866 total views, 1 views today