Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kenapa Putin tak pakai meja panjang ketika jumpa Jokowi?

0

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin tidak menggunakan meja panjang ketika bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Kremlin, Khamis lalu.

Putih dilihat lebih selesa berbincang bersama Jokowi secara dekat dengan posisi mereka hanya dipisahkan satu meja putih kecil yang dihiasi bunga di atasnya.

Kedua-dua pemimpin itu mengenakan sut berwarna hitam, lapor The Guardian.

Situasi tersebut jauh berbeza jika dibandingkan ketika Putin berjumpa pemimpin lain seperti Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Kaunselor Jerman, Olaf Scholz.

Selain itu, Presiden Iran, Ebrahim Raisi, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang turut menerima layanan serupa.

Kesemua pemimpin itu menerima layanan dengan meja dalam ukuran enam meter.

Situasi janggal itu jelas kelihatan apabila mereka duduk berjauhan dari hujung ke hujung ketika bertentang mata dengan Putin.

Sebelum ini, Putin menjelaskan alasan meja panjang digunakan kerana beberapa pemimpin yang datang bertemu dengan dirinya enggan melakukan ujian calitan PCR Covid-19 yang diwajibkan oleh Russia.

Alasan lain seperti menjaga penjarakan fizikal dan protokol kesihatan.

China, Belarus dan Kazakhstan merupakan sekutu Russia, sedangkan Putin menganggap Indonesia sebagai negara sahabat kerana negara itu bersikap neutral sejak konflik Russia di Ukraine tercetus.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.