Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KRT katalis perpaduan – Flovia Ng

0

Oleh DG HENRY

Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng berbual mesra dengan seorang warga emas di Kg. Kabatang Baru

PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng berkata, peranan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) tidak terbatas hanya sebagai ‘pengantara’, tetapi sebagai katalis perpaduan dalam kawasan.

“Hari ini masyarakat terdedah kepada pelbagai isu-isu yang mencabar yang boleh monconteng kualiti perpaduan,”.

Flovia (dua kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Elron A. Angin (tengah) ketika menghadiri Majlis Perasmian Dewan Kipaliu dan Pemimpin Bersama Rakyat Kg. Kipaliu

“.. ledakan globlisasi antaranya punca terbitnya salah faham, persepsi nagetif dan sebagainya yang boleh menghuru-harakan keharmonian komuniti,”.

“Peranan KRT ialah memastikan perpaduan utuh pada ketika manusia bersaing untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti  komuniti dunia,” katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui selepas menghadiri Majlis PerasmianDewan Kipaliu dan Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Elron A. Angin.

Pemaju Mukim Tulid Jerry Daimin menyampaikan sumbangan kepada Puan Catherine @ Cecelia Tanggulon bagi pihak Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng

Flovia mahu KRT di Kg. Kipaliu supaya proaktif  dan kerap menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam usaha untuk memastikan perpaduan dan keharmonian komuniti berada ditahap maksima.

“Saya optimis anda mampu dan bersedia untuk mengalas tugas ini,” katanya.

Sebelum menghadiri majlis di Kg. Kipaliu, Flovia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid itu sempat menziarahi seorang warga emas di Kg. Kabatang Baru.

Tidak melupakan rakyat yang ditimpa musibah, Flovia mengutus doa sumbangan ehsan  kepada balu mandiang Basilius @ Andrew Kinawa, Caatherine @ Cecelia Tanggulon yang

disampaikan oleh Pemaju Mukim Tulid, Jerry Daimin.

Flovia berkongsi kesedihan dan menitipkan perkongsian untuk menerima ketentuan Tuhan.

 

 

 

 966 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.