Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kebajikan dan keselamatan rakyat diutamakan – Wakil Rakyat Tulid

0

PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng berkata, keutamaan sekarang harus diberikan kepada soal kebajikan dan keselamatan rakyat.

Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng (dua kanan) bersama Pengarah YKS Rugayah AG Besar (Kanan) mengabadikan gambar bersama penerima sebuah katil hospital Abdul Khalid Juhasin di Kg. Pamalan

“Tumpuan kita ialah memberi kebajikan yang sebaiknya kepada rakyat yang sedang bertarung dengan kehidupan sukar, pada ketika negara sedang berhadapan dengan situasi genting dengan kenaikan harga barang,”.

“..Apa yang sedang saya usahakan ialah mengwujudkan kesamarataan .. ada rakyat yang susah kerana musibah .. kita bantu mereka untuk meringankan bebanan,” Katanya ketika ditemui selepas majlis ringkas menerima lima buah katil hospital Hi Low yang disumbangkan oleh  Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Katil hospital itu masing-masing bernilai Rm3,000 sebuah untuk disumbangkan kepada kumpulan sasar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid.

Flovia berbincang sesuatu dengan Pengarah YKS Rugayah selepas penyerahan lima buah katih hospital Hi Low

Pengarah YKS Rugayah Binti Awang Besar menyerahkan peralatan itu kepada Flovia di perkarangan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid.

Flovia yang merupakan Wakil Rakyat Tulid memberitahu, satu daripada katil itu disumbangkan kepada seorang mangsa kemalangan, Abdul Khalid Bin Juhasin  di Kg. Pamalan (DUN Liawan), selebihnya untuk penerima sasar di DUN Tulid.

“Saya menyantuni mangsa bersama Puan Rugayah (Pengarah YKS) di rumah kediamannya,” Jelasnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid Casmir Silip serta kakitangan UPPM Tulid bersama di majlis itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.