OLeh JAAFAR ABD WAHID
KERAJAAN memberi keutamaan kepada professional tempatan sebagai jurutera dan perunding kepada projek-projekkerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Sabah memiliki ramai jurutera dan firma perunding yang berkelayakan serta berkebolehan untuk menjadi perunding projek yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan sekiranya mereka diberikan ruang dan peluang.
“Bagaimanapun kebanyakan projek projek kerajaan persekutuan, firma perundingnya dilantik terus dari Semenanjung Malaysia dan sekiranya projek yang dilaksanakan bermasalah atau berlaku kelewatan perlaksanaan pihak jabatan atau agensi kerajaan negeri sebagai contoh Jabatan Kerja Raya tidak dapat melakukan sebarang tindakan atau arahan kerana ianya dilantik terus oleh keraaan pusat” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Jurutera Perunding Malaysia Cawangan Sabah di pejabat beliau kemarin.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi Jurutera Perunding Malaysia cawangan Sabah Ir Razalie Sindong disertai Timbalan Pengerusi Ir Chin Shu Ying Setiausaha kehormat Ir Benny Sing dan turut dihadiri bersama Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Hanafiah Datuk Seri Panglima Kassim.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya terdapat beberapa kes projek projek kerajaan persekutuan yang dilaksanakan di negeri ini yang dimana juru perundingnya dilantik terus dari Semananjung Malaysia menghadapi masalah, mengambil contoh pembinaan jambatan di jalanraya By Pass Libaran Sandakan dimana struktur jambatan yang dibina runtuh sebanyak tiga kalimenyebabkan sehingga kini jalanraya tersebut tidak dapat digunakan.
” Kita tidak menafikan keupayaan jurutera atau juru perunding dari luar, tapi jika juru perunding tempatan kita lantik mereka lebih memahami struktur dan keadaan muka bumi di negeri ini dan jika berlaku sebarang masalah kita (kerajaan) khususnya Kementerian Kerja Raya dapat mengambil tindakan susulan sewajarnya” jelas Bung.
Bung menambah satu lagi kekangan bagi kerajaan khususnya kementerian beliau untuk melantik juru perunding tempatan disebabkan kementerian tersebut belum mendapat pengiktarafan sebagai jabatan yang bertuliah.
” Perkara ini sewajarnya tidak berlaku kerana JKR Sabah telah wujud sekian lama dan memiliki ratus jurutera yang bertuliah dan berpengalaman untuk mengendalikan sesuatu projek pembangunan” katanya.
Menurut Bung perkara ini telah pun dibangkitkan kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia dan pihaknya telah menerima surat pada awal Julai tahun ini untuk memulakan perbincangan libat urus bagi menjadikan JKR Sabah mendapat pengiktarafan sebagai jabatan yang bertuliah.
” Kita berharap hasil perbincangan ini positif dimana dengan pentulihan ini kita bukan sahaja diberikan kuasa memantau projek projek persekutuan di negeri ini tapi diberikan kuasa untuk melantik juru perunding dan sudah tentu kita akan memberikan keutamaan kepada juru perunding tempatan’ jelas Bung.
Dalam pada itu semasa perjumpaan tersebut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mengambil maklum segala isu yang dibangkit oleh Persatuan Jurutera Perunding Malaysia Cawangan Sabah yang kini mempunyai 47 ahli Jurutera Perunding untuk diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya