KAOHSIUNG: Presiden Taiwan, Lai Ching-te mengingatkan kadet akademi tentera negara itu mengenai cabaran ‘kebangkitan’ China yang mahu menyingkirkan Taiwan daripada terus memerintah sendiri pulau itu.
China mendakwa Taiwan wilayah demokratik sebagai sebahagian daripada wilayahnya, dan pemimpin China dalam beberapa tahun kebelakangan ini secara retorik mnyatakan
penyatuan dua negara itu tidak dapat dielakkan.
Beijing juga meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas pulau itu yang mana kuasa besar itu melancarkan latihan perang mengelilingi pulau itu dengan meletakkan pesawat perang dan kapal tentera laut beberapa hari selepas Lai mengangkat sumpah jawatan, bulan lalu.
Berucap sempena ulang tahun 100 tahun penubuhan Akademi Tentera Whampoa Taiwan, Lai berkata jurulatih dan kadet mesti mengiktiraf cabaran dan misi era baharu.
“Cabaran terbesar ialah menghadapi kebangkitan kuat China, yang ingin memusnahkan status quo Taiwan di Selat Taiwan.
“(Ia) bertujuan untuk penggabungan dan penghapusan Taiwan supaya Republik China bangkit sebagai negara yang hebat.
“Misi utama kita adalah berani memikul tanggungjawab berat dan tugas besar untuk melindungi Taiwan, dan menjaga keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan,” katanya.
Akademi tentera itu diasaskan pada 1924 di Guangzhou, selatan China. Ia berpindah ke Kaohsiung, di selatan Taiwan, selepas nasionalis yang kalah melarikan diri ke pulau itu pada tahun 1949.
Lai dianggap sebagai kumpulan pemisah berbahaya oleh China, yang mana sebelum pelancaran latihan perang pada Mei lalu menyatakan Lai dalam ucapan rasmi sudah membuat pengakuan kemerdekaan ke atas Taiwan.
Lai dalam ucapannya berikrar mempertahankan demokrasi dan kebebasan Taiwan, sambil turut menyeru dialog dengan China yang telah diputuskan sejak 2016.
Seperti pendahulunya Tsai Ing-wen, Lai menegaskan bahawa Taiwan tidak perlu mempunyai pengisytiharan rasmi kemerdekaan, satu perkara yang menjadi garis merah untuk China kerana ia sudah bebas.