Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PIBG tunjang sekolah – Asrin

0

Oleh EKOK AMIN

PERANAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG) sangat penting dalam memastikan sekolah sentiasa sentiasa dalam situasi siapsiaga.

Asrin menyampaikan sijil penghargaan kepada Cosmas

“Tunjang (PIBG) sebuah sekolah,”, Asrin Halim dalam perutusan  ketika mesyuarat pembentukan baharu persatuan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kapayan Baru.

Asrin mahu persatuan itu sentiasa proaktif bagi membantu sekolah dlam setiap aktiviti seperti memastikan persekitaran dan keceriaan kemaskini.

Beliau turut mahu supaya ahli-ahli persatuan untuk menyumbang kepakaran khususnya dalam kerja sosial kepada sekolah yang diwakili.

“kemegahan sekolah bergantung kepada aktif atau bersatu kah ahli-ahli persatuan,”.

“Kombinasi guru-guru dan ibubapa sangat penting dalam soal ini,” katanya.

Terdahulu, mantan Yang Dipertua (YDP) sekolah itu Cosmas James mengingatkan kepimpinan baharu persatuan itu supaya memastikan sekolah itu sentiasa kemaskini dalam semua aspek.

“Perpaduan diantara ahli perlu diperkasa,” katanya dan menambah, jalinan kerjasama perlu diletakkan sebagai agenda penting bagi memastikan setiap perancangan untuk menjadikan sekolah itu dihormati.

Cosmas turut menekankan keceriaan sekolah salah satu pemangkin untuk menarik minat murid-murid hadir sekolah.

“Kita mahu murid-murid mencintai hadir ke sekolah, dan ia hanya berlaku jika sekolah memiliki sesuatu yang menjadi tarikan,”.

“Sepanjang tempoh berkhidmat YDP, saya melihat murid rajin ke sekolah apabila ada sesuatu yang menjadi tarikan .. ia mungkin keceriaan sekolah dan pastinya imej guru, komunikasi guru diantara murid sesuatu yang sangat penting,” katanya, dan menambah bahawa pengalaman sebagai orang lama sebagai YDP banyak menimba ilmu kepada beliau untuk mengenali sekolah itu dengan lebih dekat.

YDP baharu sekolah itu Lajarus Ampulan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.