SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat (AS) mendakwa pernah diculik oleh makhluk asing yang kemudian bertindak mengimplan sekeping nanocip di tangannya.
Akibat insiden itu, Steve Colbern berkata, dia kehilangan pekerjaan dan rumah tangganya hancur.
Lapor Daily Star, Colbern mendakwa dia pernah dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) sebanyak ‘beratus-ratus’ kali oleh makhluk asing yang menyerupai reptilia berwarna kelabu.
Colbern dalam satu program radio, Coast to Coast menjelaskan kejadian menimpa dirinya telah memaksa dia untuk melakukan penyelidikan mengenai kewujudan makhluk asing.
Katanya, insiden itu bermula apabila dia mengesan sebuah UFO terbang di atas rumahnya sebelum ditarik masuk ke dalam objek tersebut menerusi sinaran hijau.
Jelas Colbern, dia kemudian dibawa ke sebuah bilik perubatan yang kelihatan suram dan diarahkan untuk baring atas meja.
“Makhluk asing itu menggunakan tiub keluli panjang yang mempunyai gentian optik di dalamnya yang memancarkan sinar ultraungu.
“Makhluk itu juga mempunyai alat yang mana akan memasukkan cip dalam badan,” katanya.
Selepas insiden itu, Colbren mendakwa dia mengalami perubahan kehidupan yang berbeza. – AGENSI
303 total views, 2 views today