LIMA buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kg. Patikang Ulu Keningau (Sabah, Malaysia) subuh pada Jumaat.
Kesemua rumah yang berkeluasan 185 persegi terbakar sepenuhnya dalam kejadiaan kira-kira jam 4 pagi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memberitahu dalam satu kenyataan kepada media pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.35 pagi.
Sepasukan 10 orang anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian.
Tidak ada kecederaan atau kematian dilaporkan dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi.