KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dalam suasana penuh kesyukuran dan keriangan kepada warga TABS, ahli jawatankuasa pengurusan, jurulatih, pelatih-pelatih dan ibu bapa mereka sempena sambutan aidilfitri esok (Sabtu).
Katanya, sudah tentu perayaan adilifitri sangat lebih ceria tahun ini selepas melalui fasa peralihan akibat wabak Covid 19 beberapa tahun sebelum ini.
“Marilah kita bersama-sama merayakan suasana lebaran ini dengan penuh rasa kesyukuran, bermaaf-maafan dan keriangan bersama keluarga masing-masing,” katanya.
Menurut beliau, sesi latihan hujung minggu pelatih-pelatih yang ditangguhkan sementara ketika musim ramadan akan disambungkan semula selepas sambutan aidilfitri.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut mengucapkan salam aidilfitri kepada kakitangan SAFA dengan harapan semoga sentiasa ceria dan bersyukur dengan suasana perayaan kali ini.
“Tidak lupa juga kepada umat Islam di mana jua mereka berada, rakan-rakan dan sahabat handai yang menyambut aidilfitri bersama keluarga mereka,” tambahnya.
Katanya, meskipun keadaan ekonomi negara dalam proses pemulihan namun situasi ini bukan penghalang untuk umat Islam bersedia merayakan aidilfitri dengan perancangan yang baik dan berhemah.
“Semoga kita dapat menyambut hari raya aidilfitri tahun ini dalam suasana ceria dan semtiasa mensyukuri nikmat yang ada, harmoni dan aman damai,” katanya.