Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mangsa Lemas Ketika Memukat di Sungai Padas Ditemui

0

MANGSA lemas yang yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di Sungai Padas (Tenom, Sabah) sejak Sabtu lepas berjaya ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7.30 pagi pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan mangsa dikenalpasti sebagai Zali Tun, 25.

“Mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian (Berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tomani),” Jelas kenyataan jabatan itu dan memberitahu sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi penemuan sejurus menerima maklumat daripada orang awam.

“Pasukan paramedik terus melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 8.58 pagi,” Kenyataan rasmi jabatan itu menjelaskan kepada media. – Oleh: EKOK AMIN

 

 374 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.