Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mayat Mangsa Dibaham Buaya Dijumpai

0

MAYAT seorang wanita yang hilang dipercayai dibaham buaya pada Sabtu di sungai Kg Serudung Laut Kalabakan dijumpai kira-kira jam 8 pagi pada Ahad.

Mangsa dilaporkan dibaham buaya di lokasi ini

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa Fosanih Nansel, 22, dilaporkan hilang selepas diserang buaya awal malam pada Sabtu.

“Jabatan ini menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam mengenai kejadian itu,”.

“Maklumat daripada keluarga diterima dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan pada hari ini dan mangsa ditemukan penduduk kira-kira 300 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” kata kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan ditamatkan pada 10.27 pagi. – Oleh: EKOK AMIN

 1,343 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.