Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mayat wanita ‘lahirkan bayi’ ketika mahu dikebumikan

0

KISAH seorang wanita melahirkan anak di dalam keranda selepas meninggal dunia di sini masih menjadi bualan penduduk tempatan, biarpun insiden itu berlaku pada 2018.

Lapor Dispatch Live, wanita itu yang dikenali sebagai Nomveliso Nomasonto Mdoyo dari perkampungan Mthayisi meninggal dunia ketika 9 bulan mengandung dan mayatnya disimpan sehingga hari ke-10 kematiannya.

Ibu kepada Nomveliso, Mandzala Mdoyi, menceritakan anaknya meninggal dunia secara tiba-tiba akibat sesak nafas.

“Sehingga kini, kami tidak faham atau terima bagaimana orang yang sudah meninggal dunia boleh melahirkan anak.

“Saya sudah berusia 76 tahun dan perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Mengapa hal ini terjadi pada anak saya? Katanya.

Mediang Nomveliso didakwa melahirkan bayinya ketika mayatnya dibawa ke kubur untuk pengebumian.

Ketika kerandanya diperiksa, petugas di kubur menemukan bayi di celah kakinya, namun bayi itu sudah meninggal dunia.

Petugas perkuburan kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan insiden itu mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak.

Sehingga kini, penduduk di Mthayisi masih bercakap mengenai insiden itu, malah ada yang mengaitkannya dengan amalan sihir.

 

 

 

 

 91 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.