Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Nenek berumur 100 Tahun terima suntikan vaksin di Sook

2
Puan Kuyinin menjalani pemreksaan kesihatan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin di Sook
PUAN KUYININ BALANSING, – menerima suntikan vaksin pada usia 100 tahun

PUAN Kuyinin  Balansing dari Kg. Kabatang Baru Tulid, Sabah melakar sejarah tersendiri apabila menerima vaksin COVID – 19 pada usia 100 tahun, pada ketika sebahagian besar warga emas di pedalaman negeri bawah bayu takut dengan suntikan dos itu.

Memetik laman Facebook Klinik Kesihatan Sook, Kuyinin kelihatan cergas sebelum dan selepas menerima suntikan dos pertama.

Nenek berketurunan Dusun itu ditemani oleh anaknya ke Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Keningau Dewan Masyarakat Pekan Sook, dan sebahagian daripada seramai 78 penduduk yang tinggal dari kawasan luar bandar.

“Untuk Inan Kuyinan, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada penerima vaksin pada hari ini,” Jelas admin laman sosial klinik itu.

Untuk rekod, masih ramai penduduk khususnya dikalangan warga emas di kawasan pedalaman Sabah enggan menerima suntkan dos tersebut, disebabkan terpengaruh dengan khabar bercanggah yang dicanang oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui media sosial.

Sesetengah daripada mereka (warga emas) enggan menerima vaksin kerana nasihat tidak tepat diberikan oleh keluarga.

Kesungguhan Kuyinin yang menempuh perjalanan jauh dari Kg. Kabatang Baru ke Dewan Masyarakat Sook  untuk menerima dos itu sebagai bukti bahawa suntikan vaksin COVID-19 itu selamat dan tidak bahaya kepada sesiapa juga penerima. – Oleh: ROSANNA EDEZA dan EKOK AMIN

 

Loading

2 Comments
  1. Koh Tapa says

    Puan Kuyinin Balansing – Kg. Kabatang Baru, Sook menarima suntikan Vaksin ketika berumur 100 tahun.

    Semoga dijauhkan dari segala penyakit dan terus sihat, diluaskan rezeki, dan diberkati Tuhan. Amin.

  2. Koh Tapa says

    Semoga Nenek Kuyini Balansing dijauhkan dari segala penyakit dan terus sihat, diluaskan rezeki, dan diberkati Tuhan. Amin.

Leave A Reply

Your email address will not be published.