Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PPBLM zahir penghargaan kepada kerajaan Sabah

0

PERSATUAN  Penambang  Bot Laju Menumbok (PPBLM)  menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas sumbangan kepada ahli-ahli persatuan tersebut yang terkesan sumber pendapatan mereka ekoran  penularan pandemik COVID-19 .

Pengerusinya  Mohamad Sait berkata, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama,penguasa Bot penambang laju Menumbok sudah mula terkesan bagaimanapun ketika itu mereka boleh beroperasi walaupun tidak sepenuhnya.

Menurut beliau selepas pilihanraya negeri ,PKP 2 dan  PKP 3 dikuatkuasakan ianya  merupakan saat yang paling getir kepada penguasa yang melibatkan seramai 130 orang termasuk perkerja  dimana mereka sudah tidak beroperasi menyebabkan mereka terputus sumber pendapatan harian.

“ Alhamdulillah kerajaan negeri amat prihatin melalui beberapa agensi hari ini tampil mengulurkan sumbangan, kami amat berterima kasih khususnya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd Arifin Arif, selain beberapa individu yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ahli-ahli kami” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan tersebut di sini kemarin.

Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd.Arifin Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury ,Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki, Pengurus Besar  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah  Salman Nurilah Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.

Di majlis tersebut  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah menyumbang sebanyak RM13,000.00, Bahagian Zakat dan Fitras Majlis Agama Islam sabah RM5,000.00 selain sumbangan bakul makanan dari Yayasan Dakwah Malaysia Cawangan Sabah (YADIM) dan juga seorang penguasa acara  dari  SR Events Production Haji Sharom Abd. Ghaffae yang turut  menyumbangkan baucer untuk   pembelian barangan.

Mohamad berkata dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringaknan beban ahli persatuan dan keluarga mereka yang mana kebergantungan mereka mencari sumber pendapatan harian hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tersebut.

Beliau juga turut menzahirkan harapan agar bantuan “One Off” dibawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

“ Penularan pandemik virus COVID-19 tidak akan secepat itu  berakhir apa lagi ketika ini Labuan terjejas terok dengan penularan tersebut menyebabkan bot kami tidak dapat beroperasi ke sana” Tambah Mohamad

Sementara itu oleh  Arifin ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, sumbangan tersebut merupakan sumbangan dari Syarikat yang berkaitan Kerajaan (GLC) dibawa program tanggungjawab sosial mereka untuk sama-sama membantu rakyat di negeri ini yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19. – Oleh: ABANG JOE

 351 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.