Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Orang kuat parti Star rayu ahlinya sokong calun Usno Tulid

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH

0

ORANG kuat parti Star Drs Kustin Ladi buat julung kalinya tanpil untuk membantu calun Usno Dewan Undangan Negeri (DUN) N 44 Tulid.

Usno diwakili oleh bekas Wartawan tersohor Mohamad Khairy Abdullah.

Bercakap kepada media di satu majlis ceramah politik, Kustin berkata, calun Usno yang bertanding di Tulid wajar dibantu kerana beliau seorang pemimpin yang terbaik dan mampu melakukan sesuatu anjakan pembangunan kepada rakyat di kawasan itu.

Untuk rekod N 44 Tulid mempunyai jumlah pengundi seramai 8910 meliputi Sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Khairy yang juga seorang bekas pensyarah komunikasi disalah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia ditentang  oleh seramai enam calun dalam pertarungan tujuh penjuru.

Drs Kustin Ladi … orang kuat parti Satar sokong calun Usno Tulid

Kustin berkata, pengundi-pengundi Kadazandusun dan Murut di kawasan pilihan raya Tulid perlu mengubah tumpuan politik dengan menolak sokongan kepda pemimpin-pemimpin yang halatuju politik mereka sekadar ‘survaival politik’.

“Kamu (pengundi Tulid) perlu berubah daripada sekarang .. kamu perlu urus masa depan kamu dengan memilih calun sendiri,” katanya dan menambah, sejak sekian lamanya pengundi-pengundi di kawasan itu( Tulid) menjadi percaturan untuk keterusan politik pemimpin tertentu.

“Nasihat saya kepada pengundi di sini (Tulid) ialah beri sokongan penuh kepada calun Usno di Tulid .. ingat Tulid, ingat Khairy,” katanya.

Menjawab satu soalan, Kustin berkata, beliau memberi sokongan kepada calun Usno di Tulid kerana factor calun (Khairy) dan bukan kepada parti (Usno).

“Khairy yang saya kenali merupakan seorang pemimpin ilmuan dan calun terbaik dikalangan yang baik di kawasan itu,” katanya.

“Saya mahu Khairy Wakil Rakyat Tulid,” katanya.

 2,074 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.