Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel dan suami maut kemalangan

0

PELAKON wanita, Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Andriansyah maut dalam kemalangan jalan raya di Tol Nganjuk menghala ke Surabaya, Jawa Timur.

Lapor Kompas.com, kejadian itu disahkan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Polis Jawa Timur, Gatot Repli Handoko.

Gatot berkata, mangsa menaiki kenderaan dengan nombor plat B1264BJU yang mempunyai seramai lima penumpang.

“Penumpang lima orang. Dua orang meninggal dunia dan tiga orang mengalami kecederaan.

“Penumpang yang meninggal dunia ialah Febri Andriansyah dan Vanessa Adzania dengan alamat Jalan Diamond 1/71, Srengseng, Jakarta Barat,” katanya.

Sebelum kejadian, Vanessa sempat memuat naik Instagram Story mengenai anaknya ketika berada di dalam kereta tersebut.

 

 

 

 

 661 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.