SEORANG cedera parah dalam Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Lori Tanker Minyak dengan Tow Truck di Kampung Tomis Mangi Pangi kira-kira jam 8.50 pagi pada Jumaat.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pemandu Tow Truck mengalami cedera parah, manakala pemandu Lori Tanker Minyak tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Kenyataan itu berkata, mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dilokasi.
Pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya membuka kepada bateri Lori tersebut serta membersihkan Kawasan kemalangan dengan menggunakan 1 aliran.
Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk dihantar ke Hospital Ranau bagi rawatan susulan.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud serta ketibaan Pasukan Polis di lokasi bagi mengawal lalu lintas. Ketua Operasi menamatkan operasi pada jam 12:34 tengahari.