Oleh: DG HENRY
KONTRAKTOR konsesi yang telah dilantik untuk menyelanggara jalanraya-jalanraya di negeri ini diminta dengan serta-merta menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Menitip arahan itu kepada pemberita dalam satu persidangan media di Taman Bandukan Rivrside Bingkor Keningau, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, kontraktor konsesi perlu peka dengan keperluan rakyat.
“Kita mendapat aduan yang begitu banyak bahawa banyak jalanraya yang perlu diselenggara .. saya minta mereka (kontraktor konsesi) bertindak .. sebab mereka ini telah pun dilantik oleh kerajaan, diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas selanggara jalan ,”.
“Saya mohon kontraktor ini dapat mengambil perhatian .. sebab ini adalah masalah rakyat .. rakyat sangat mengharap untuk mendapat jalanraya yang baik,”.
Awal tahun lalu penduduk Kampung Sondukut Baru Sook (Sabah, Malaysia) mengadu bahawa jalanraya yang merupakan nadi penting untuk mengeluarkan hasil tidak diselenggara menyebabkan petani dan pekebun kerugian besar.