Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya berusaha untuk bangunkan Bingkor – Datuk Robert

0

Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN

SAYA akan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan kawasan Bingkor, kata Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Bercakap kepada The Borneo Digest di Majlis Santai bersama Perastuan Wartawan Keningau di Keningau pada Isnin, Robert berkata, saya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kawasan yang beliau wakili (Bingkor).

“Saya mahu melihat Bingkor ini setaraf dengan daerah yang lain .. dalam projek pembangunan, kawasan ini (Bingkor) masih jauh ketinggalan,”.

“Saya mahu supaya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini dapat membangunkan DUN Bingkor melalui konsep Sabah Maju Jaya,”.

“Saya punya sasaran supaya dapat membantu rakyat kita mengacapi pembangunan yang seimbang khususnya mengenai akses-akses penting seperti perhubungan jalanraya ,”.

“Jalanraya ke Kampung Bunga Raya, Jalan Liau, Jalan Tigot, Kota Ayangan yang sehingga kini masih lagi gravel (jalan tanah merah),” Katanya.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor memberitahu, beliau akan berusaha membawa masalah itu untuk perhatian kerajaan negeri dan persekutuan bagi tindakan.

“.. Ini disebabkan jalan-jalan tersebut merupakan akses penting bagi rakyat untuk keterusan hidup .. ia bukan sahaja sekadar laluan pelbagai urusan harian tetapi nadi untuk mengeluarkan hasil tani,”  Katanya.

Menjawab satu soalan, Robert memberitahu bahawa beliau pada sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan masalah jalanraya berkenaan di peringkat Kementerian Kerja Raya negeri.

“Saya telah memohon kepada kementerian untuk menyeneraikan jalan-jalan seperti Bunga Raya, Liau, Tigot dan Pangas (Jalan SK Pangas) sebagai keutamaan … ini adalah jalan negeri dan juga sebahagian jalan luar bandar,”.

“Saya akan minta peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan untuk projrk-projrk ini,” Jelasnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.