PENSIANGAN Veteran A membenamkan harapan Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) Keningau selepas tewas sudden death di pintu gawang penalti.

Begitu pun, Pensiangan meletakkan kejayaan menjulang Piala Wakil Rakyat Bingkor itu sebagai tuah yang memihak mereka.

Pertandingan bola sepak Piala Datuk Robert Tawik itu yang pertama dianjurkan dan mendapat sambutan sebanyak 63 pasukan di seluruh negeri.
PVTM yang sebelum ini diramal sebagai benteng terakhir tuan rumah itu bersyukur ditangga Naib Johan, disusuli tempat ketiga dan keempat dimenenagi oleh pasukan BAS ‘A’ dan Tambunan Blaci Hawk.
Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan pasukan.
Robert berpuas hati dengan semangat kesukanan yang ditujukkan oleh kesemua pemain sepanjang pertandingan itu berlangsung. – Oleh: EKOK AMIN
1,194 total views, 2 views today