KENINGAU (Sabah, Malaysia): Polis Keningau Berjaya menangkap pembekal dadah dari Jolo Filipina melalui satu serbuan di sebuah bilik sebuah bangunan di bandar kecil Keningau.
Kejayaan penangkapan itu adalah hasil daripada maklumat orang awam, yang mendapati kehadiran lelaki berkenaan yang mencurigakan.
Ketika penangkapan dibuat, polis mendapati dadah seberat 30.12 gram yang bernilai RM6,000.00 yang dipercayai untuk diedarkan kepada pembeli di sekitar Keningau didapati berada dalam simpanan suspek.
Suspek dipercayai menyusup masuk secara haram ke negeri ini dan polis mengklifikasikan suspek seorang Pendatang Tanpa Izin (PTI).
Menurut Ketua Polis Keningau DSP Douglas Nyeing Taong, suspek positif dadah ketika ditangkap dan akan dirujuk dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta yang sama.
Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Immigresen kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah. – KALAWON SALANGIT.