Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki curi wayar elektrik ditangkap

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Disyaki mencuri satu guni wayar eletrik, seorang lelaki tempatan dicekup polis di Keningau.douglas tunjuk wayar

Ketua Polis Keningau DSP Douglas Nyeing Taong memberitahu, lelaki berumur 34 tahun itu ditangkap di kawasan sebuah kilang kira-kira jam 12.30 malam pada 26 Mac lepas.

Suspek dipercayai mencuri wayar tersebut untuk dijual kepada pembeli barang lusuh.

Menurut fakta kes, kira-kira jam 9.30 malam pada hari kejadian pengawal  kilang itu  menghubungi polis sejerus selepas mendapati seorang lelaki yang berkelakuan mencurigakan memasuki kawasan bangunan itu.

Sepasukan polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) tiba di bangunan kilang itu dan mendapati seorang lelaki sedang memungah wayar-wayar yang telah dicuri.

Menurut taksiran wayar berkualiti tinggi itu bernilai kira-kira RM10,000.00.

Suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan, dan jika sabit kesalahan akan didakwa dibawah  Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda.

Suspek turut dirujuk dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda tidak lebih RM5,000.00 dan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan.

Polis merampas wayar elektrik, dua unit pemutar skru berhulu berwatna biru gelap, satu unit pahat, satu unit pisau berwarna kuning hitam, satu unit spanar pelbagai guna bersaiz medium dan satu bag plastic berwarna hitam sebagai bahan bukti siasatan. — KS

 693 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.