JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Daerah Nabawan akan meneruskan Program Ziarah bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19, kata pegawai jabatan itu di sana Mohd Zaki Laumin.
“Kita (JHEAINS) membantu kepada sesiapa juga penduduk di daerah ini (Nabawan) tanpa mengira anutan agama,”.
“Matlamat jabatan ialah membantu kepada semua pihak yang terkesan dengan pandemik ini,” Katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui selepas melancarkan missi bantuan melalui Program Hijrah kepada ketua-ketua rumah yang terkesan dengan pandemik itu di Sepulut Nbawan baru-baru ini.
Seramai 50 orang ketua keluarga daripada pelbagai lapisan dan anutan agama menerima bantuan bakul makanan daripada jabatan itu yang diadakan di Padang Sepulut Nabawan.
Mohd Zaki berkata, jabatannya pada setiap hari menerima banyak aduan daripada penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Jheains Sabah yang cukup perihatin dengan keperluan jabatan itu di peringkat daerah bagi membantu penduduk yang terkesan dengan pandemik itu. – Oleh: EKOK AMIN