PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Keningau menyampaikan sumbangan derma kepada keluarga Allahyaaraham Poulinus Niong (Pesera Tentera) yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 3 Disember 2021 lalu.
Ketua Cawangan PVATM Cawangan Keningau Pinus Nain @ Valentine menyerahkan sumbangan itu kepada isteri Allahyaraham Puan Aminah Akir di rumah kediaman Kg. Minansut Bingkor.
Turut haadir dimajlis ringkas itu ialah Bendahari PVATM Cawangan Keningau Nicol Mikat dan Pegawai Penerangan persatuan itu Joseph Angkim.
Seluruh pimpinan persatuan itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyaraham. – Oleh: EKOK AMIN