Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat berbilang bangsa di pedalaman Sabah bersatu — Pairin

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata bahawa persefahaman semua kaum di kawasan pedalaman Sabah merupakan perkembangan yang baik untuk menjamin  kesejahteraan hidup rakyat.04022016 - pairin - 1

“Ia satu perubahan yang menjamin keamanan dan keharmonian kita bersama,” katanya ketika berucap melancarkan Karnival Tahun Baru Cina 2016 di Keningau.

Timbalan Ketua Menteri sabah itu menekankan bahawa persefahaman seumpama itu, bukan lah sesuatu yang baru di Sabah tetapi katanya amalan hormat menghormati dan menerima diantara satu kaum sesuatu yang sangat unik di negeri itu.

“kita adalah keluarga besar di sini (Sabah),” katanya dan menambah hubungan kaum di negeri itu begitu intim sejak daripada dahulu lagi.

Malahan jelasnya, adanya penglibatan keturunan bumiputera dalam aktiviti budaya kaum Tionghua seperti mengambil bahagian dalam persembahan tarian singa, merupakan satu petanda bahawa berlakunya satu  perubahan dan perkembangan yang menarik serta menjadi kebangaan atas dasar perpaduan kaum yang dibentuk bersama.

“Baik daripada segi pergaulan dan persefahaman yang diwujudkan bersama perlu diteruskan kerana adanya keinginan bersama untuk menikmati keamanan dan kemajuan bersama,” katanya.

Pairin mengharapkan tahun 2016 supaya keamanan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini khususnya kawasan pedalaman, dapat dikekalkan pada ketika situasi enonomi dunia tidak menentu.

 

 691 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.