Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat Jepun mula mengundi

0

HAMPIR 106 juta penduduk Jepun keluar mengundi dalam pilihan raya umum negara itu hari ini.

Dilaporkan, seramai 1,051 calon dari seluruh Jepun bertanding merebut 465 kerusi Dewan Perwakilan dalam pilihan raya umum kali ini.

Proses pengundian bermula hari ini, dengan Perdana Menteri, Fumio Kishida menaruh harapan untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya.

Pilihan raya umum ini bakal menentukan sama ada Kishida akan terus memegang jawatan tertinggi itu di tengah-tengah krisis ekonomi dan kebimbangan Covid-19 yang berlarutan di Jepun.

Kishida menjadi pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) sebulan lalu selepas Perdana Menteri Yoshihide Suga meletak jawatan, setahun selepas memegang jawatan itu.

Peletakan jawatan Suga susulan rakyat Jepun tidak berpuas hati dengan pentadbirannya terutama ketika menangani pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Kishida ketika berkempen berjanji untuk menawarkan pakej rangsangan ekonomi baharu bernilai trilion yen bagi menangani impak pandemik Covid-19 di negara itu. – AFP/AGENSI

 

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.