Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jokowi naik kereta api khas untuk jumpa Presiden Ukraine

0

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bersama isterinya, Iriana menempuh perjalanan darat selama 12 jam dari Poland ke Kyiv, Ukraine menggunakan kereta api khas.

Dari Przemysl, Poland, perjalanan Jokowi bersama delegasi Indonesia bertolak menuju ke Kyiv tepat pada pukul 9.15 malam waktu tempatan.

Kereta api tersebut disediakan oleh kerajaan Ukraine seperti yang pernah digunakan oleh pemimpin lain sebelum ini.

Turut serta dalam delegasi itu termasuk Menteri Luar, Retno Marsudi dan Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Anung.

Sejak perang Russia dan Ukraine tercetus pada 24 Februari lalu, kereta api merupakan mod pengangkutan utama yang digunakan oleh para pemimpin ke Kyiv.

Hal itu disebabkan oleh ruang udara Ukraine tidak boleh digunakan sehingga peperangan reda, selain banyak struktur jalan raya rosak akibat pertempuran dan serangan udara.

Jokowi bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Kyive bagi membincangkan penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menamatkan peperangan yang berlaku.

Selepas itu, pemimpin Indonesia itu akan bertolak ke Moscow untuk mengadakan perjumpaan dengan Presiden Vladimir Putin.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.