Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Restoran terapung di Essex makin ‘tenggelam’

0

LONDON: Sebuah restoran terapung yang popular di Essex semakin tenggelam.

Lapor metro.co.uk, gambar keadaan tapak restoran terapung Miller dan Carter di luar pusat beli-belah Lakeside dikongsi ramai warga net di laman sosial pagi pada Sabtu.

Ramai penduduk tempatan membandingkan keadaan restoran itu seperti kapal Titanic yang sedang karam.

Gambar-gambar itu mencetuskan kebimbangan kepada mereka yang sudah membuat tempahan awal untuk menikmati hidangan Krismas di sana hari ini.

“Mengerikan melihat keadaan ini berlaku di salah satu tempat makan kegemaran saya,” kata salah seorang pengguna laman Twitter, Simon Harris.

Kumpulan Mitchells dan Butlers yang mengendalikan restoran itu telah dihubungi namun masih belum memberikan sebarang komen berhubung keadaan itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.