Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ribuan KDMR sambut PKDM di Tongod

0

PARTI Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PPKDM)semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) di kawasan Pedalaman di negeri ini.

Peter menerima borang keahlian dan penubuhan cawangan PKDM pada majlis itu.

Presidennya Datuk Peter Anthony berkata, ia terbukti dengan kehadiran ribuan penduduk di mana-mana jelajah parti yang dianjurkan di daerah-daerah di negeri ini.

Katanya, terbaharu adalah sambutan penduduk di kawasan  Telupid dan Kuamut yang menyaksikan lautan manusia yang hadir pada majlis mirumoh-rumoh pisompuruan yang berlangsung di dewan terbuka SP Kampung Simpang Entilibon pada Ahad.

“Pada majlis ini kita menerima permohonan sebanyak 60 cawangan dengan jumlah 3,000 keahlian” kata Peter.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melalap berkata, penyandang-penyandang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian telah dibentuk dan akan diberi watikah pelantikan dalam masa terdekat.

Pada majlis itu Peter menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada pengusaha tanaman nanas di kawasan itu untuk membeli bibit nanas.

Hadir sama Penyelaras PKDM Telupid Pinus Gondili, Penyelaras PKDM Kuamut Jabilin Paidi, Timbalan Pengerusi PKDM Kuamut Marccelintus Darawing selaku pengerusi dan Timbalan Ketua Bahagian PKDM P.168 Kota Marudu yang Ketua Penyelaras PKDM Bandau Jaiping Minsu.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.