Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perkhidmatan Mahkamah Bergerak diteruskan – Flovia Ng

0
Wakil Rakyat Tulid Flovia tekun mendengar keluhan seorang penduduk yang menghadapi masalah sijil lahir daftar lewat

Oleh DG HENRY

PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng berkata, program mahkamah bergerak memberi inspirasi kepada penduduk tempatan untuk  memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanyanya ia  sangat penting dalam menangani masalah daftar lewat sijil lahir bagi penduduk di kawasan pedalaman.

Mendengar semua rintihan rakyat, sifat seorang pemimpin berjiwa rakyat

“Di kawasan yang saya wakili (DUN Tulid)  masalah pendaftaran lewat sijil lahir masih ada disebabkan kesukaran penduduk untuk hadir mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut tempoh yang ditetapkan oleh JPN,” katanya kepada The Borneo Diges ketika ditemui ketika meninjau perjalanan Program Mahkamah Bergerak di Sook, pada Sabtu.

Seramai 500 penduduk menghadiri program setengah hari itu yang diadakan ketiga, selepas Kg. Kuit Lanas, Dalit dan Pekan Sook.

mengabadikan gambar kenangan bersama penduduk yang menerima bantuan kaca mata

Flovia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid mahu supaya program Mahkamah Bergerak itu terus dilaksanakan hingga masalah daftar lewat sijil lahir yang membelenggu penduduk di daerah itu dapat  diatasi sepenuhnya.

Belia turut menasihatkan penduduk supaya proaktif khususnya memastikan dokumen peribadi anak-anak mereka didaftarkan segera sebaik kelahiran.

Sebanyak 94 kes sijil lahir daftar lewat berjaya diselesaikan, menurut Hakim Mahkamah Sesyen Keningau, Marlina Ibrahim.

Program Mahkamah Bergerak itu turut disertai oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pertubuhan Undang-Undang Sabah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid dan Sook.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.