Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

‘YB Flo’ santuni rakyat

0
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng berkongsi kesedihan sambil memberi kata semangat kepada rakyatnya yang sedang bertarung dengan penyakit kanser di Kg. Kabatang Baru pada Khamis

‘BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing, begitu lah terjemahan keperihatinan Pembantu Menteri Pembangunan Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng kepada seorang pengundinya di Mukim Lanas, Marlen Rawang yang terlantar  selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pemaju Mukim Lanas Ilik Ukim menyampaikan sumbangan kepada suami Marlen Rawang, Marcalus Micheal yang kemalangan dalam perjalanan ke lokasi kerja baru-baru ini

Flovia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid menyampaikan sumbangan kewangan dan alat sokongan perubatan sepanjang tempoh berehat dan pemulihan.

Di Kg. Kabatang Baru, Wakil Rakyat itu menyantuni seorang pesakit kanser, Chrispina Mambun, 50, yang terlantar di rumah kediaman keluarga.

Menitipkan kata-kata semangat, Flovia berkongsi dukacita dengan seluruh keluarga pesakit sambil menghulurkan sedikit sumbangan kepada Chrispina.

Pemaju Mukim Lanas, Ilik Ukim mengiringi lawatan wakil rakyat itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.