Oleh DG HENRY
WAKIL Rakyat Tulid Flovia Ng berkata, perbezaan keturunan, warna kulit dan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membenci, bermusuh dan berbalah sesama manusia.
“Kelainan sebegitu adalah lumrah dan merupakan hikmah serta keagungan Tuhan,”.
“Saya melayani seluruh manusia dengan layanan kasih sayang tanpa mengira perbezaan etnik, agama, warna kulit dan aliran pemikiran,” katanya kepada editor kanan The Borneo Digest, Rosanna Edeza di hari terakhir lawatannya mengunjungi umat Islam yang merayakan sambutan Aidil Adha di Kg. Panagatan Ulu pada Isnin.
Flovia berkata, sebagai makhluk Tuhan beliau menyayangi dan memelihara keharmonian insan dan kemuliaan tanpa membezakan keturunan, agama dan aliran politik.
“Kehidupan ini sangat indah jika semua orang menterjemahkan prinsip yang mulia seperti ini,”.
“Kikis segala bentuk persepsi,” katanya.
Sepanjang Raya Haji, Flovia menyntuni sambutan di Kg. Pangiradan Tulid, Marampong dan Panagatan Ulu, selain menyusuri sahabat-sahabat lama, melawat rakyat yang sakit serta meluangkan masa untuk bertukar-tukar fikiran dengan pengamal media.
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu memberitahu, beliau sangat menghormati dan mengiktiraf petugas media sebagai golongan professional dan mahu supaya hubungan itu diperkasakan.
Flovia berkata, beliau akan berusaha untuk menjadi seorang wakil rakyat yang berkesan di kawasan Tulid, dan mahu rakyat supaya bersamanya untuk membangunkan kawasan itu.
“Mari bersama saya untuk bina kawasan ini (DUN Tulid),” katanya.