Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya mohon maaf – Armstrong

0

Oleh DG HENRY

“SAYA mohon maaf”, Armstrong Onolon melafazkan kata-kata permohonan maaf itu dengan merujuk Presiden parti Kesejahteraa Demokratik Masyarakat  (KDM) Datuk Peter Anthony sebagai individu yang dimaksudkan.

Armstrong turut memohon maaf kepada seluruh kepimpinan parti KDM yang diterajui oleh Wakil Rakyat Melalap itu dengan berkata, kenyataan tular yang beliau edarkan melalui media sosial sesuatu yang dikesali dan bukan berniat jahat.

“Maksud saya hanya menarik sokongan kepada parti KDM dan bukannya keluar dari parti KDM sedangkan keahlian dalam parti KDM pun belum wujud,” katanya kepada The Borneo Digest di Keningau lewat petang pada Rabu

Akhir minggu  lalu Armstrong menerbitkan kenyataan berdurasi 0.29 saat yang menyatakan beliau keluar daripada parti KDM, pada ketika pengurusan parti masih belum mengedarkan borang kemasukan ahli.

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 13 Mac 2022 yang lalu.

 

 

 785 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.