Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KRT Sabah terbaik – Pengarah

0

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

DELIN LIET BLAUN – Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah

PRESTASI  ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sabah sepanjang pandemik sangat memuaskan, kata Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah Delin Liet Blaun.

“Banyak program mereka lakukan .. banyak program dilaksanakan dan saya sangat berpuas hati,”

Delin menerima baju sukan daripada Pengerusi-Pengerusi KRT

“Saya ucapkan tahniak kepada KRT Sabah (Kawasan Rukun Tetangga),” katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Amana Tahun 2022 & Penghargaan KRT Daerah Nabawan & Daerah Kecil Sook pada Selasa.

Delin berkata, sepanjang pandemik KRT di seluruh Sabah telah menganjurkan program mendaftar vaksin selain sebagai sukarelawan mobilasisai vaksin komuniti yang bermula pada Jun hingga November 2021.

“Ahli-ahli KRT juga melaksanakan program RTCare iaitu pengisiannya ialah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada jiran tetangga yang betul-betul memerlukan bantuan,”.

“KRT juga terlibat dalam PPE(Peralatan Perlindungan Diri)  iaitu menyediaan peralatan untuk kegunaan hospital,” Katanya.

Pengarah itu berkata, KRT juga terlibat secara langsung dalam kempen merangi covid dengan terlibat secara langsung untuk menyediakan risalah untuk diedarkan kepada komuniti.

“Ada juga KRT yang terlibat dalam mengibarkan jalur gemilang,” tambahnya dan menekankan bahawa KRT di seluruh negeri telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang negara berhadapan dengan pandemik.

Mengulas lanjut, Delin berkata, sepanjang negara ini berhadapan dengan pandemik, ahli-ahli KRT sanggup turun padang untuk membantu pihak berkuasa kesihatan untuk menguruskan pemberian vaksin.

“Ini yang sangat menonjol dilakukan oleh ahli-ahli KRT Sabah,” jelasnya.

Mengenai program itu, Delin mengajak ahli-ahli KRT di negeri itu khususnya daerah pedalam seperti Nabawan dan daerah kecil Sook supaya kreatif ketika menunaikan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

Serami 180 orang ahli-ahli KRT di kedua daerah itu menghadiri program sehari yang dilangsungkan di Bandukan Resort Keningau.

Hadir sama di majlis itu ialah Pegawai Perpaduan Daerah Nabawan dan Sook Madavan Makandran, Pengerusi-Pengerusi KRT serta pemimpin setempat.

 2,546 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.