Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jenayah Indeks Keningau Turun – DSP Nor Rafidah

0

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

DSP Nor Rafidah Kasim (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama anggota bawahannya

SEHINGGA Mac pada tahun ini polis Keningau berjaya menurunkan 33 peratus atau 6 kes berbanding 26 kes tahun lalu.

DSP Nor Rafidah bersama Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson menunjukkan isyarat ‘terbaik’ kepada pasukan polis Keningau

Jenayah indeks merujuk kepada bunuh, rogol, cabul kehormatan, merusuh, pemerasan, samun berkawan bersenjata api, samun berkawan tanpa senjata api,samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, ugutan jenayah, pecah rumah, curi, suri motosikal, curi ragut, curi van / lori / jentera berat dan mendatangkan cedera.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras polis di sini (Keningau, Sabah) untuk memerangi jenayah,”.

“Polis sentiasa memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat di daerah ini sentiasa terjamin,”.

“Saya pastikan jenayah indeks di Kningau turun,” Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu media dalam satu persidangan berita selepas menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Polis Ke 215 peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau di sini pada Jumaat.

Rafidah berkata, polis sentiasa bersiap siaga untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan penduduk di daerah Keningau terjaga.

Katanya kesiapsiagaan polis termasuk menghadapi negara memasuki Fasa Peralihan Endemik yang bermula pada 1 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata di Parlimen awal Mac ini bahawa negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Ismail Sabri berkata, walaupun memasuki fasa endemik bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.

“Polis Keningau siap siaga untuk arahan ini,” Rafidah berkata dan menambah, pasukan itu sentiasa memastikan orang awam dan masyarakat sentiasa mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MKM).

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.