SEBAHAGIAN daripada Tembok Besar China runtuh selepas gempa bumi berukuran 6.9 skala Richter melanda wilayah Qinghai di barat laut China.
Global Times melaporkan, kira-kira dua meter tembok itu runtuh di daerah Shandan di wilayah Gansu yang terletak 114 kilometer dari pusat gempa bumi yang berlaku pada kedalaman 10 meter.
Selepas gempa itu berlaku, pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan menemukan runtuhan berkenaan.
Sehubungan itu, langkah perlindungan dilakukan bagi mengelak lebih banyak struktur tembok itu runtuh.