Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

SEORANG maut, lapan cedera apabila kenderaan dinaiki terbabas di bahu jalan di Kampung Paris Kinabatangan (Sabah, Malaysia), awal pagi pada Khamis.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan itu, mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu merupakan seorang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.58 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 41 kilometer dari balai.
Di lokasi, didapati sebuah Isuzu Dmax terbabas di bahu jalan dan terdapat sembilan mangsa terlibat.
“Seorang mangsa wanita didapati tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Mangsa lain yang cedera telah diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu nota pemberitahuan kepada media.
Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada pukul 9.30 pagi setelah pemeriksaan mendapati tiada kemerbahayaan lain di kawasan sekitar.
593 total views, 2 views today