Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Star parti dominan di Sabah – Dr. Jeffrey

0

Oleh DG HENRY, EKOK AMIN dan STANNES SAWAN

“PARTI Star semakin dominan di Sabah,” – Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan memberitahu media dalam satu persidangan media di Keningau pada Jumaat.

Pemimpin kanan parti Star Dr. Jeffrey (tengah), Flovia (kiri), Elron, Robert (dua kanan) dan Anuar

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku itu menjelaskan, fakta itu mengambil kehadiran luar biasa ketika sambutan ulang tahun ke – 6 tahun parti itu di Sabah.

“Ramai penyokong yang terpaksa mengikuti sambutan itu di luar dewan,” tambahnya dan berkata, pilihanraya yang akan datang parti itu mampu memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi.

Pemimpin Star menyambut ulang tahun ke- 6 parti itu bertapak di Sabah

Dianggarkan 3,000 ahli Star menghadiri majlis ulang tahun itu yang disempurnakan serentak dengan pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Star Sabah.

“Harapan saya supaya sokongan terhadap parti Star meningkat, dan jentera lebih mantap dan kuat,”.

“.. dan penyokong-penyokong pengundi baru daripada kalangan 18 tahun ini juga akan beralih sokongan parti Star,”.

“..Sebab parti Star mendukung aspirasi rakyat dan aspirasi rakyat ini juga didukung oleh parti-parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” jelasnya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu optimis bahawa star kini dalam landasan yang meyakinkan sebagai sebuah parti pilihan rakyat di Sabah.

“Kelebihan parti Star ialah, kita adalah tunjang kepada perjuangan ini yang telah kita dukung selama Presiden Star berjuang dalam politik,” katanya.

Timbalan Presiden parti  itu, Datuk Robert Tawik hadir di majlis itu, selain pemimpin-pemimpin kanan Star antaranya Timbalan Presiden Star (KDM) Datuk Elron Alfred Angin, Ketua Wiranita Star Sabah Flovia Ng, Datuk Anuar Ayub serta pejuang-pejuang-pejuang parti itu yang lain.

Majlis yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Keningau itu turut dihadiri oleh wakil-wakil GRS lain daripada Parti Usno dan SAPP.

Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Martin Tommy turut dijemput, sementara tidak ada wakil-wakil lain kelihatan termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS).

Di bilik persidangan media, Jeffrey memberitahu bahawa beliau akan memertahankan kerusi bagi Parlimen Keningau yang beliau wakili, namun enggan menjawab soalan salah seorang wartawan maya mengenai kerusi yang bakal ditandingi oleh parti Star.

“Yang itu tidak boleh saya beritahu .. kami (GRS) masih diperingkat perundingan,” jelasnya.

 

 875 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.