Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tuduhan Bung Tidak Masuk Akal – PBS Bingkor

0

SAYA menyokong penuh ucapan dasar presiden PBS ketika kongres kali ke 36&37 pada 28hb,29hb,30 hb June. hingga 1hb JUL 2022 bertempat Dewan di Hakka Kota Kinabalu antara lain menyentuh isu undang2 anti lompat dan masalah PTI menurut lapuran RCI.

Dsp Bung Moktar menuduh Presiden PBS tidak mengenang budi serta menggertak jangan bermain api.!!Sarang tabuan jangan di juluk,kalau di juluk sakit padanya.

DSP Salleh Keruak pula melabel DSP Dr.MAX sebagai “gila”.

Tuduhan ini tidak berasas dan tidak masuk akal. Kedua dua pemimpin kanan tersebut tiada tolerensi dan tidak profesional,

walhal Dr.DSP Max bercakap mengikut fakta berasaskan lapuran RCI dan untuk kebaikan negeri Sabah am nya.

Kedua dua pemimpin tersebut tidak perihatin dan mengguris perasaan anak  jati Sabah, penyokong PBS dan GRS  negeri Sabah.Adakah menyuarakan isu PTI itu “gila” .dan menjuluk sarang tebuan? Kedua pemimpin ini tahu masalah PTI di negeri Sabah ini dan apa yang telah dilaporkan dalam laporan RCI tetapi berpura- pura tidak tahu. Ada kah ini bukan kepentingan Rakyat Jati Sabah?

Saya bersetuju penjelasan ketua pemuda PBS Dr.Christopher mandut

” teliti dan jangan melenting”.

Saya mohon mencadang supaya semua pemimpin BN,PBS dan GRS Negeri Sabah berkerja sama seperti  Dr.Max yang lantang bersuara untuk kepentingan rakyat Sabah untuk menyelesaikan masalah PTI di negeri Sabah. – JAMES KINI (Pegawai Penerangan PBS Bingkor)

 

 397 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.