KOTA KINABALU: Ketua Biro Penerangan UPKO, Dr. Peter Jr Naintin mempertahankan pelantikan Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu, dengan menegaskan bahawa keputusan itu dibuat melalui proses yang adil dan demokratik melibatkan semua empat parti gabungan—UPKO, DAP, Amanah, dan PKR.
Peter menjelaskan bahawa pemilihan yang diadakan pada 1 Disember 2024 dihadiri oleh 24 perwakilan, enam dari setiap parti, yang semuanya bersetuju untuk melaksanakan proses pengundian.
Pengundian yang dipantau oleh sekretariat PH dari Putrajaya itu menyaksikan Ewon dipilih sebagai pengerusi.
“Perbincangan dijalankan dengan persefahaman dan persetujuan oleh semua perwakilan yang hadir, dan proses pengundian dibuat mengikut perlembagaan PH Sabah.
“Keputusan untuk memilih Datuk Ewon sebagai pengerusi dipersetujui oleh semua yang hadir,” katanya.
Beliau turut menekankan autonomi PH Sabah, dengan menyatakan bahawa gabungan itu berdaftar secara sah di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Kami adalah entiti yang berdiri sendiri dengan kuasa untuk membuat keputusan secara bebas. Proses pengundian dilaksanakan secara adil, telus, dan mengikut perlembagaan,” katanya, sambil menambah bahawa semua parti telah bersetuju dengan kaedah pengundian yang digunakan pada hari tersebut.
Mengulas kritikan daripada beberapa pihak dalam gabungan itu, Peter berkata adalah bertentangan untuk mereka yang terlibat dalam proses tersebut kini mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui bersama.
“Semasa mesyuarat, semua pihak telah bersetuju dengan proses tersebut dan turut mengundi. Jadi tidak ada asas untuk sesiapa untuk membantah sekarang,” tambahnya.
Peter menyeru semua pihak dalam gabungan untuk menghormati proses demokrasi dan memberi tumpuan kepada perpaduan menjelang pilihan raya negeri Sabah yang akan datang.
“Oleh kerana PH Sabah kini telah didaftarkan secara rasmi, kenyataan rasmi daripada PH Sabah perlu dibuat secara kolektif, dengan merangkumi pandangan daripada semua parti gabungan. Ini adalah masa untuk bergerak ke hadapan dan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.
Di Sook Pensiangan, akar umbi parti Upko mahu semua pihak dalam kompenan PH Sabah menerima keputusan kolektif pemilihan Ewon sebagai Pengerusi kompenan itu.
Ketua Penyelaras parti itu di Sook Mohd Khairy Abdullah @ Henry berkata, pemilihan Presiden Upko sebagai Pengerusi PH Sabah mengikut lunas-lunas demokarasi.
“Sepatutnya tidak timbul masalah di sini,” Katanya kepada Borneo Digest dalam satu reaksi di sini pada Sabtu, dan mahu semua pihak dalam kompenan itu menghormatinya.
Setiausahadan dan Naib Upko Sook, Januin Jonad dan Dominic Meringking menyifatkan pemilihan Presiden Upko itu sah dan tidak perlu dipertikaikan.
Wanita pergerakan paerti itu di Sook pula mahu supaya pihak yang tidak bernasib baik dalam pemilihan itu suaya menerima keputusan dan pemilihan dan tidak perlu mempertikai pada ketika Sabah diambang menghadapi PRN ke-17.
“Tumpuan seharusnya kepada PRN-17 … elakkan perpecahan,” Ketua Wanita Upko Rosanna Edeza sependapat dengan pergerakan pemuda parti itu di Sook. – ends/-