Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Veteran ATM Keningau hulur sumbangan

0

SEKALUNG ingatan untuk wira negara, Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Keningau  menghulurkan bantuan kemanusiaan yang berbentuk wang ringgit sebagai simpati kepada keluarga Mendiang Sgt Leong Fung Fun dan Paulus Nain.

Mendiang Leong menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mei 2021 di Kampung Muhibbah Keningau akibat sakit stroke.

Mendiang Paulus yang berasal dari Kampung Liau Laut Apin Apin Keningau bukan seorang pesara tentera tetapi abang kepada Pinus Nain yang merupakan pesara dan anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini.

Sumbangan kemanusiaan itu diserahkan oleh Bendahari bola sepak Pasukan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Keningau Ekok @ Yusman Amin.

Kepergian Mendiang Leong dan Paulus satu kehilangan besar dan seluruh pasukan pesera Angkatan Tentera Malaysia di sini mengucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan.

Pengurusan The Borneo Digest yang pengisiannya boleh dilayari di seluruh dunia turut bersimpati dan berdoa semoga roh kedua-dua mendiang dicucuri Rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang beriman.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.